Wednesday 21 November 2018

Al-Imran Ayat 22

3.3.22
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 22:

.


Ringkasan tafsir;
Orang-orang yang ingkar (21) itu adalah mereka yang melakukan kedurjanaan, dan Allah menghapuskan semua amalan baik didunia mahu pun diakhirat, walau pun mereka membuat kebaikan didunia kerana budi perkerti mereka membunuh para Nabi dan para cerdik pandai yang menasihati supaya berlaku adil. Mereka itu dan termasuk mereka yang melihatnya tidak menghindar dari melaku kezaliman, dan semuanya diseksa dan tinggal kekal didalam neraka jahim yang tidak ada sesiapa pun yang dapat menolong mereka dari seksa Allah yang amat pedih seksaan.


.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3 

Terjemahan,
21~30,
[GS] https://sites.google.com/site/n22bayu/1/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8
      



Al-Imran Ayat 21

3.3.21
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 21:

.
Ringkasan tafsir;

Sekiranya orang kafir musyrikin Arab dan Yahudi Madinah juga Nasrani Najran berserta ahli kitab yang ingkar dengan ayat-ayat Allah, dan sebagaimana ahli kitab telah disaksikan oleh kitab mereka sebelum AlQuran, yang mana kebinasaan kepada mereka dari hasil membunuh para Nabi seperti Nabi Zakaria dan Nabi Yahya, amatlah jelas perbuatan mereka itu adalah zalim, aniaya dan kejam yang amat keji budi perkerti mereka itu. Khabar gembira kepada mereka adalah  seksa yang amat pedih.

.
[previous] [next] [home]

.
RUJUKAN SUMBER, 

Juzuk
3, Surah3  

Terjemahan,
21~30,
[GS] https://sites.google.com/site/n22bayu/1/1
Ulasan surah 3;
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8
      




Tuesday 20 November 2018

Al-Imran Ayat 20

3.3.20
Juz:
3,Surah:3.
Surah 3, Ayat 20:

.


Ringkasan tafsir;

Setelah penerangan (19) telah diberi kepada orang kafir musyrikin Arab dan Yahudi Madinah juga Nasrani Najran berserta ahli kitab tentang agama Islam yang sebenar disisi Allah, tetapi mereka itu semuanya masih lagi ingkar.

Alangkah baiknya, sekiranya mereka itu menerima Islam menjadi agama mereka, maka mereka itu mendapat petunjuk dan terselamat dari seksaan Allah.
Sekiranya mereka masih berpaling dan ingkar tidak mahu mengakui menerima seruan Rasululah, janganlah menjadi susah kerana kewajipan umat Islam hanya sekadar menyampaikan sahaja, dan Allah melihat mereka yang beriman mahu pun yang tidak beriman.


.
[previous] [next] [home] 

.
RUJUKAN SUMBER,

Juzuk
3, Surah3
Terjemahan, 11~20,
 [GS] https://sites.google.com/site/n4wakafbharu/3/1
Ulasan surah 3;  
[GS]
https://t.co/Kf2lMbI0X8